Tuesday, October 4, 2016

Peristiwa Perkauman 13 Mei 1969

13 Mei 1969 Sejarah Negara


Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.


Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.



















Pembangkang Meraikan Kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969 .Dr Tan Chee Khoo dari Parti GERAKAN telah menang besar di kawasan Batu ,Selangor .Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor .Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru yang diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO ,berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang dan di sini juga letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu ,Dato'Harun Idris .


Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak gengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan .Ada pula pendapat mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu orang Melayu dari Kuala Lumpur .Dalam masyarakat Melayu ,penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial) .Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi jalan .







PERARAKAN KEMATIAN CINA

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun pearakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenagan pilihan raya dengan menghina Melayu.


Pada hari selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden GERAKAN memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahli Gerakan melakukan kebiadapan terhadap orang Melayu semasa pearakan. Yeoh Tech Chye menang besar dikawasan Bukit Bintang,Kuala Lumpur. Malangnya permohonan maaf sudah terlambat.







Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yamg mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.UMNO bercadang untuk mengadakan perarakan balas pada 7.30 pagi 13 mei hari selasa,tetapi kebanyakan orang melayu mula berkumpul  di depan rumah menteri besar Selangor pada awal pagi.Orang melayu dari luar Kuala Lumpur turut serta dalam perarakan ini seperti Morib,Banting dan juga Perak.Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara,pergaduhan mula berlaku di Setapak dalam pukul 6.00 petang apabila sekumpulan pemuda cina menghalang beberapa orang melayu yang dalam perjaalanan ke Kampung Baru untuk menyertai perarakan UMNO dengan membaling botol kaca dan batu ke arah mereka.Pergaduhan ini diketahui oleh orang melayu yang berkumpul di Kampung Baru Jalan Raja Muda,dalam pukul 6.30 petang orang melayu mula bergerak dari Kampung Baru dan menyerang orang cina bersenjatakan parang dan keris.Mereka membakar rumah-rumah kedai di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan juga kereta.Orang cina yang terserempak dibunuh.Menurut laporan majalah TIME.Sekurang-kurangnya 8 orang cina terbunuh dalam rusuhan pertama yang berlaku.

Rusuhan ini mula tersebar di kawasan sekitar Kuala Lumpur dalam masa 45 minit dari Jalan Campbell,Jalan Tunku Abdul Rahman,Kampung Datuk Keramat,Kampung Pandan,Cheras,Kampung Kerinchi dan Sentul.

Tentera dari askar melayu lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan di sekitar Kuala lumpur.

Pasukan FRU dikeluarkan dari Kampung Baru dan Askar Melayu  dikerah untuk mengambil alih kawalan.Rusuhan dapat dikawal dengan menggunakan gas pemedih mata,perintah berkurung 24 jam(curfew order)diumumkan oleh radio pada pukul 7.30 petang dan di televisyen pada 8.-- malam

Perintah tembak dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Mat Salleh.Pihak askar mula meronda kawasan kawasan rusuhan sehingga pukul 10.00 malam,ramai yang tidak tahu berkenaan perintah berkurung ditembak mati,ada jugak yang ditembak kerana berdiri di depan koridor rumah sendiri.Laporan wartawan asing menyatakan segelintir Askar Melayu melepaskan tembakan rambang ke arah kedai dan rumah milik orang cina tanpa sebab.

Pada hari seterusnya 5.00 pagi,Hospital Kuala Lumpur memberi laporan bahawa 80 orang meninggal dunia pada rusuhan pertama yang berlaku dan majoritinya adalah orang cina.Kebanyakan daripada mereka mengalami luka teruk akibat tetakan dan juga tembusan peluru.Ini hanya sebahagian orang ataau mangsa yang dapat dihantar untuk rawatan,kebanyakan mayat orang yang terkorban diangkut oleh pihak PDRM menggunakan lori ke Balai Polis Travers.Kebanyakan mayat dalam keadaan tidak sempurna.




Kesimpulan

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969.Dengan pengisytiharan ini,Perlembagaan Persekutuan telah digantung.Negara diprintah secara terus oleh YDPA dibawah undang-undang tentera.Dalam pada itu Majlis Gerakan Negara(MAGERAN)telah dibentuk.Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai Majlis tersebut,Tempat beliautelah digantikan oleh timbalan Perdana Menteri,Tun Abdul Razak.Beriktuan itu,Paralimen juga digantung 

Sepanjang tempoh darurat,MAGERAN telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelasaian agar tragedi tersebut tidak berulang.Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara.Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.






No comments:

Post a Comment